mangga Telur atau MamuangBao

MANGGA TELUR  atau Mempelam Telur atau di Utara ia dipangga 'Pelam Teloq' Dalam bahasa Thailand id Mamuang Bao merupakan satu daripada varieti mangga tempatan yang popular dikalangan petani kerana ia mudah tumbuh dan tahan penyakit. Mangga Telor mendapat nama daripada bentuk dan saiz kecil daripada mangga lain dengan seperti bentuk telur Ayam yang agak membulat bujur. Dikalangan ahli pertanian dan petani, mangga ini merupakan jenis mangga yang tahan lasak dan tidak pernah mengecewakan kerana ia cepat berbuah dan sering menghasilkan buah yang banyak apabila tiba musimnya. Mangga Telur dikatakan sejenis varieti tempatan yang mudah tumbuh dikawasan tanah rendah dengan mendapat cahaya matahari yang banyak.

. 

MANGGA TELUR  Banyak di Thailand selatan dan paling banyak di wilayah Songkhla dalam kampung Tasua Singhanakhon  hasilnya dari buah Mangga ini sekitar 600 -12000 kg perhari (tergantung musimnya).

 
Pokok Mangga Telur mempunyai bentuk pokok yang sama dengan jenis mangga yang lain dari segi marfologinya (Sila lihat foto sebelah). Pokok ini mampu tumbuh tinggi melabihi 20 meter tetapi lazimnya pokok mangga telur yang ditanam di batas sawah padi atau disekeliling rumah dikawasan kampong akan dibuat cantasan agar ketinggiannya sekitar 8 - 10 kaki sahaja. Ini bertujuan untuk memudahkan aktiviti pengurusan tanaman dan kerja mengutip hasil. Mangga telur mudah tumbuh dimana-mana jenis tanah asalkan ia dari jenis tanah subur yang mempunyai sumber air dan ada sistem saliran baik. Pokok mangga paun selain daripada mudah ditanam dengan biji benih (daripada biji buah mangga matang terpilih) juga boleh ditanam daripada anakbenih cantuman. Semasa memilih buah untuk dijadikan biji benih, pastikan dilihat kapasiti berbuah yang sangat tinggi, tahan penyakit dan cepat berbuah. Gunakan biji yang diambil dari buah mangga telur yang telah masak (atau gugur) dan keluarkan bijinya untuk disemai dalam polibeg. Apabila anakbenih cukup ukur dan saiz, maka ia boleh ditanam di kebun dengan jarak tanaman 4m x 5 m (atau mengikut kesesuaian kawasan). 
 
 
Pokok mangga telur perlu dilihat selalu akan serangan oleh penyakit dan perosak. Antara jenis serangga perosak seperti Ulat makan daun, ulat pengorek batang, kumbang cockchafer dan Lalat Buah. Buah mangga telur memang amat masam dan serangan oleh serangga perosak hanya akan berlaku apabila mangga telur hampir masak dan buah mangga ranum yang berguguran. Penyakit mangga telur sama dengan jenis mangga tempatan yang lain dan boleh dilakukan semburan racun kimia apabila perlu. mangga telur akan menghasilkan buah dalam jambak dengan banyak setiap tangkai sehingga berbelas biji jika pokok subur dan cuaca mengizinkan. Buahnya yang mempunyai kulir berwarna hijau berbentuk bulat telur ini adalah masam kalau hendak dimakan mentah. Oleh itu kebanyakan buah mangga telur akan dipetik untuk dijadikan jeruk mangga muda. Buah setengah matang (empulur bijinya masih lembut) akan dipetik dan dikumpulkan. Semantara itu biji buah mangga telur yang dicambahkan merupakan bahan asas pokok penanti (rootstock) bagi aktiviti menghasilkan cantuman pokok mangga varieti lain. Kajian saintis pertanian mendapati pokok penanti dari mangga telur adalah amat sesuai (compatible) dengan semua jenis varieti mangga untuk dibuat cantuman.
 
 
Visitors: 27,387